Kursus Wajib Universiti
PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. Terdapat dua belas (12) kursus iaitu UTC1012, UTP1012 , UTK2012, UTQ1042, UBY1012, UTS1012, UTD2052, UTD1012, UTF1032, UTI1012, UTU3012 dan UTC1022.
Kursus Wajib USIM
PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus wajib yang diarahkan oleh USIM kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu integrasi naqli dan aqli. Pada masa ini, terdapat satu (1) kursus iaitu UTT3012 (Pengantar Kitab Turath).
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
Kursus ini direka untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan komponen asas bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis. Pendedahan terhadap budaya Melayu dan persekitaran berbahasa Melayu turut diberikan supaya pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Sinopsis: Kursus ini menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan professional. Matlamatnya agar pelajar dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik untuk memperkukuhkan sosial ke arah kesepaduan nasional.
Jam kredit: 2 jam
Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.
ETHICS AND CIVILIZATIONS
This course discusses ethical concepts from the perspective of various civilizations. In addition, the discussion on contemporary economic, political, social, cultural and environmental issues from an ethical and civilizational perspectives can produce students who are morally minded and behave, and professionally aware. At the end of this course students will be able to relate ethics and civic-minded citizenship to strengthen social cohesion towards national unity.
AKIDAH DAN TASAWWUF
Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk membolehkan pelajar memahami hubungan antara Akidah dan Tasawwuf dari perspektif Islam. Ia juga menjelaskan Akidah Ahli Sunnah Waljamah mengenai konteks ketuhanan, kenabian dan juga perkara-perkara Sam’iyyat. Ilmu tassawuf pula dihuraikan sebagai metod penyucian hati (tazkiyyah al-Nafs) daripada sifat-sifat mazmumah kepada sifat-sifat mahmudah yang menjadi wadah untuk makrifah Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.
DA’WAH DAN SIRAH NABAWIYAH
Kursus ini merupakan kursus wajib universiti (WU) yang menekankan kepada pemahaman sirah nabawiyah yang menjadi asas kepada teori dan pelaksanaan da’wah. Kemahiran komunikasi serta kewajipan da’wah adalah keperluan untuk membina ketamadunan manusia dan menjadi teras kepada visi dan misi USIM.
AL-MADKHAL ILA FIQH AL-ISLAMI
Kursus ini merupakan asas kepada pengetahuan dan metodologi pembelajaran berkaitan Perundangan Hukum Islam (al-fiqh al-Islamiy). Skop kursus ini merangkumi aspek sejarah dan perkembangan perundangan Islam, prinsip-prinsip dalam pensyariatan hukum Islam, bidang ibadat yang membincangkan bab taharah. solat, zakat, puasa, haji, serta isu atau permasalahan terkini yang berkaitan. Dalam bidang muamalat maliyyah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, kursus ini juga membincangkan dari segi bentuk-bentuk akad atau transaksi muamalat serta isu-isu moden yang berkaitan. Dalam bidang munakahat (perkahwinan) pula, kursus ini juga membincangkan tentang konsep pernikahan dan pembentukan sebuah institusi keluarga, hak, kewajipan dan tanggungjawab dalam sebuah pernikahan, perceraian atau pembubaran pernikahan serta isu-isu semasa yang berkaitan. Selain itu, kursus ini juga membincangkan bab jenayah yang meliputi permasalahan hudud, Qisas, takzir serta isu-isu terkini yang berkaitan.
PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM
Kursus ini merupakan asas kepada pengajian Islam.
CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING
This course is a compulsory course. The knowledge and the techniques of thinking and problem solving that are taught should be of use to any student during and after his/her university education. This course is also designed to address students’ creativity and innovation; one of the core principles of MOE’s soft skills elements.
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Kursus ini menerangkan tentang ilmu Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kotemporari dalam aspek Falsafah dan Isu Semasa dapat melahirkan pelajar yang lebih kritis dalam menangani permasalahan dalam kehidupan mereka serta berupaya menjadikan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya.
AL ASAS FI QURAN WA SUNNAH
Kursus ini menghendaki para pelajar mengadaptasikan teori Imam al-Ghazali dalam berkomunikasi dengan kandungan Quran menerusi hafalan dengan lisan, mentadabbur dengan akal, dan mengambil pengajaran dengan hati. Begitu juga peranan sunnah sebagai pelengkap kepada perundangan dan merupakan wahyu. Justeru pelajar akan didedahkan dengan gambaran awal terhadap kedudukan Quran dan Sunnah yang merupakan sumber utama kepada seluruh ilmu dan mengaplikasikannya dalam seluruh aspek kehidupan
PENGANTAR SAINS ISLAM
This course is designed as a compulsory course for USIM undergraduate students by introducing Islamic Science and integration of Naqli and Aqli knowledge as defined by USIM. Discussion on the concept of science in Islamic Worldview and Islamic Science traditions is introduced with the emphasis on the importance of knowledge in the pursuit to understanding the purpose of existence and submission to Allah SWT. The discussion integrates three (3) major fields of knowledge that are social science and humanities, natural sciences, and Islamic religious studies. Inclusion of work ethics and professionalism in Islam will also be emphasized. Students will be introduced to several Muslim Scholars of the Golden Age and their contributions, while needed to further their readings and research for Muslim Scholars to the most recent at addressing contemporary issues through Islamic Science. Students will also be enriched with experiential learning in research and creatively produce infographic posters of Muslim Scholars and presenting them to the public, while reflecting to themselves to be highly inspired by the Scholars and the correct use of Al-Quran and Hadiths as the main sources of reference in Islamic Science.
PENGANTAR KITAB TURATH
Kursus ini juga diterapkan dengan pendekatan integrasi aqli dan naqli di dalam silabus kursus selaras menjadikan pelajar USIM unik berbanding pelajar lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.
ENTREPRENEURSHIP
This course aims to expose the concept of entrepreneurship particularly Islamic Entrepreneurship as the basis of inculcating innovative mindset among students across disciplines. By going through the process of entrepreneurship from the business perspective, students are expected to gain experience on how opportunities are brought into the market.