PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden.
ASPIRASI NEGARA BANGSA
Sinopsis: Kursus ini meneroka asas pembentukan dan pembangunan negara bangsa Malaysia yang menekankan kepada elemen kenegaraan, sejarah interaksi etnik, dan keunikan masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka teori perpaduan, konsep negara bangsa, serta visi Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan nilai Rukun Negara, Wawasan 2020, Malaysia Madani, dan inisiatif nasional lain. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti semasa merangkumi sentimen kewilayahan dan keserantauan serta cabaran dalam membina masyarakat yang harmoni dan inklusif. Penekanan turut diberikan kepada pengaruh dan kesan teknologi serta perubahan iklim terhadap aspirasi pembangunan negara bangsa, selari dengan agenda pembangunan lestari (SDG). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus akan memperkukuh pemahaman pelajar tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan toleran, menitikberatkan nilai sepunya seperti muhibah, penerimaan, keharmonian, dan perkongsian nilai bersama. Kursus ini dilaksanakan melalui strategi PdP berpusatkan pelajar seperti kuliah dan perbincangan berkumpulan. Bagi mengukur penguasaan, pentaksiran dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah penilaian seperti kuiz, aktiviti dalam talian, penulisan tugasan dan pembentangan. Kursus ini dijangka dapat membolehkan pelajar menghuraikan konsep negara bangsa, menganalisis cabaran integrasi secara kritis, serta mempamerkan nilai perpaduan.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: Tahun 1
Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.
FALSAFAH DAN CABARAN SEMASA
Sinopsis:Kursus ini menjelaskan asas dan kerangka pemikiran falsafah yang mendasari pembinaan masyarakat Malaysia, dengan menekankan gagasan utama seperti Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Sejahtera, dan Falsafah MADANI. Penggunaan analisis falsafah sebagai alat berfikir diperkenalkan sebagai pendekatan intelektual yang sistematik dalam memahami serta menangani pelbagai cabaran kehidupan semasa. Melalui pendedahan kepada komponen-komponen utama ilmu falsafah, pelajar akan dididik untuk menganalisis isu-isu kontemporari serta mengembangkan keupayaan berfikir secara kritis dan reflektif. Kursus ini dilaksanakan melalui strategi PdP berpusatkan pelajar seperti kuliah dan perbincangan berkumpulan. Bagi mengukur penguasaan, pentaksiran dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah penilaian seperti kuiz, aktiviti dalam talian, penulisan tugasan dan pembentangan. Di akhir kursus, pelajar diharapkan mampu menilai serta merumus strategi berasaskan pendekatan falsafah bagi mendepani cabaran masa depan dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang inklusif, sejahtera dan berpandangan jauh.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: tahun 1
Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.
INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
Sinopsis: Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: Tahun 1
Tenaga pengajar: Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman, Dr Mashitah Sulaiman dan Dr Anita Ismail.
ETHICS AND CIVILIZATIONS
Synopsis: This course discusses ethical concepts from the perspective of various civilizations. In addition, the discussion on contemporary economic, political, social, cultural and environmental issues from an ethical and civilizational perspectives can produce students who are morally minded and behave, and professionally aware. At the end of this course students will be able to relate ethics and civic-minded citizenship to strengthen social cohesion towards national unity.
Credit hour: 2 hours
Year offered: 1
Lecturer: Prof. Madya Dr. Abd. Hakim Bin Mohad @ Mohamad Ramli
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 2
Sinopsis:Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan penguasaan komponen asas bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran membaca, bertutur, mendengar, dan menulis. Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan melalui sesi kuliah interaktif, simulasi komunikasi, dan aktiviti berkumpulan bagi memberikan pendedahan yang realistik terhadap persekitaran serta budaya Melayu. Para pelajar akan dinilai menerusi ujian lisan, tugasan bertulis, serta penilaian amali komunikasi bagi setiap topik yang diajar. Pada akhir kursus, pelajar akan dapat mengaplikasikan asas bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan yakin dan berkesan mengikut konteks budaya yang bersesuaian.
Jam kredit : 2 jam
Tenaga pengajar: Dr. Nur Jannah Bukhari
MALAYSIAN CITRA
Sinopsis:This course offers a comprehensive introduction to Malaysia, covering its historical evolution, geographical diversity, cultural richness, and socio-political developments. Students will explore the formation of modern Malaysia, its multi-cultural society, linguistic diversity, and unique traditions rooted in various ethnicities and religions. The course also emphasizes Malaysia’s traditional arts and cultural heritage, including elements recognized by UNESCO. Students will gain fundamental knowledge of Malaysia’s political and administrative systems, federal structure, and the Constitutional Monarchy system. In addition, the course examines Malaysia’s economic transformation, key industrial sectors, and current challenges in the context of digital and sustainable development. Malaysia’s position as an international tourism hub and its global achievements in diplomacy, sports, and trade are also highlighted. The final part of the course focuses on Malaysia’s future prospects, particularly concerning smart cities, climate change, youth engagement, and innovation. The teaching and learning process through lectures and group project enables students to gain knowledge and appreciate the reality of life in Malaysia. To measure understanding, assessment is conducted continuously through evaluation methods such as quiz, online activities, written assignments and presentations. Through this course, students will develop a comprehensive understanding of Malaysia’s national identity and its evolving role on the global stage.
Jam kredit: 2 jam