FAQ2021-11-24T08:52:15+08:00
Apakah kursus yang ditawarkan di Pusat Pengajian Teras (PPT)?2021-11-24T08:45:20+08:00

Kursus yang ditawarkan di PPT ialah kursus wajib universiti dan kursus wajib USIM.

Apakah yang dimaksudkan dengan kursus wajib USIM?2024-06-21T12:47:05+08:00

Kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan USIM.

Apakah kursus ini wajib diambil dan lulus?2021-11-24T08:46:12+08:00

Ya. Kursus wajib universiti hendaklah diikuti oleh semua pelajar pra siswazah USIM dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan. Manakala kursus wajib USIM pula perlu diambil oleh sebahagian pelajar pra siswazah yang ditetapkan dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan.

Apakah kursus wajib dan elektif USIM?2024-06-21T12:42:31+08:00

Senarai Kursus wajib USIM:

  1. UTC1012 Penghayatan Etika dan Peradaban
  2. UTP1012 Falsafah dan Isu Semasa
  3. UTI1022 Al-Dirasat Al-Islamiyyah I
  4. UTI1032 Al-Dirasat Al-Islamiyyah II
  5. UBY1012 Bahasa Melayu Komunikasi
  6. UTR1012 Integriti dan Anti Rasuah
  7. UTI1012 Pengantar Pengajian Islam (QHOO sahaja)
  8. UTU3012 Keusahawanan
  9. UTC1022 Ethics and Civilization

Senarai kursus elektif USIM:

  1. UTK2012 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
  2. UTT3012 Pengantar Kitab Turath
Bolehkah pelajar lepasan Diploma dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu yang ditawarkan di PPT atau dibenarkan untuk memindahkan kredit?2021-11-24T08:47:34+08:00

Pelajar lepasan Diploma boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu yang ditawarkan oleh PPT atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Go to Top