Bengkel “Bagaimana Menerbitkan Manuskrip dan Karya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)” telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pengajian Teras. Turut dihadiri ahli akademik Pusat Pengajian Teras, USIM. Bengkel ini disampaikan oleh Pn. Syaza Wardina Abd Khalik, Editor majalah Dewan Tamadun Islam dan Pn. Etty Zalita Zakaria, Timbalan Editor majalah Dewan Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel ini dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Teras.