PPT turut menawarkan kursus wajib USIM iaitu:

Kursus Wajib USIM

Al-Dirasat Al-Islamiyyah I

Sinopsis:

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kefahaman konsep ilmu di dalam Islam, asas akidah dan cabarannya, aliran ahli sunnah wal jaamaah dan pengamalannya di Malaysia. Selain itu, kursus ini memberi penekanan kepada konsep tasawuf dalam Islam dan menjelaskan adab berbeza pendapat menurut perspektif Islam. Pelajar juga didedahkan dengan aspek perundangan syariah yang merangkumi pengenalan kepada ilmu fiqh, usul fiqh dan qawaid fiqh serta aplikasi hukum yang diamalkan dalam sistem kehakiman dan perundangan Islam di Malaysia. Pelajar akan dinilai melalui ujian, hafazan surah pilihan serta melaksanakan kajian kes mengikut isu yang dipilih. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami perkara-perkasa asas dalam ilmu akidah, tasawuf, akhlak dan fiqh, mampu berinteraksi serta mengaitkannya dalam kehidupan sebenar di dalam masyarakat.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: –

Tenaga Pengajar: –

Al-Dirasat Al-Islamiyyah II

Sinopsis:

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemahaman terhadap ajaran Islam secara umum yang meliputi aspek al-Quran, al-Sunnah, dakwah dan sirah nabawiyah. Pelajar diberi penekanan terhadap kedudukan al-Quran dan al-Sunnah dalam pembinaan tamadun serta kaedah berinteraksi dengan kedua-dua sumber utama tersebut. Kursus ini juga membincangkan pengajaran sirah Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan pendekatan dakwah dalam masyarakat serta etika yang perlu dipatuhi. Pelajar akan dinilai melalui ujian, hafazan surah pilihan serta melaksanakan projek mengikut isu yang dipilih. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami perkara-perkara asas dalam ilmu quran, sunnah, dakwah dan sirah nabawiyah serta mampu berinteraksi dan mengaitkannya dalam kehidupan sebenar di dalam masyarakat.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: –

Tenaga Pengajar: –