Persidangan ini telah berlangsung pada 30 November 2023, dan merupakan persidangan yang julung kali dicadangkan untuk diadakan dengan kerjasama Program Sains Islam dan Program Sains Sosial. lanya merupakan salah satu aktiviti fakulti yang menyasarkan pelajar pascasiswazah sebagai peserta untuk membentang kajian dan dalam masa yang sama dapat membantu pelajar memenuhi keperluan untuk bergraduasi bertemakan “Tradisi Keilmuan Pemangkin Kelestarian Peradaban Madani”.
Persidangan ini mensasarkan 80 peserta yang terdiri daripada pelajar USIM dan luar USIM sebagai langkah awal untuk menaikkan nama institut/pusat dan universiti setanding dengan universiti-universiti lain yang lebih awal ditubuhkan. Seminar ini juga diharapkan dapat dijadikan budaya bagi institut/pusat sebagai acara setiap tahun.
Objektif penganjuran “Islamic Science Social Postgraduate Conference” (ISSPeC) ini adalah seperti berikut:
- Untuk menyediakan platform pembentangan dalam seminar kepada pelajar.
- Untuk mewujudkan tradisi ilmuan yang berterusan dalam mengangkat bidang Sains Islam dan Sains Sosial.
- Untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam penganjuran seminar.
- Untuk menyediakan platform perbincangan kepada pelajar bagi memantapkan penyelidikan