Kursus Wajib Universiti
PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. Terdapat lima (7) kursus iaitu:-
1.UTC1032 Aspirasi Negara Bangsa
2.UTP1012 Falsafah dan Cabaran Semasa
3.UTR1012 Integriti dan Antirasuah
4. UTU3012 Keusahawanan
5.UBY1032 Bahasa Melayu Komunikasi 2 (International students only)
6. UTC1042 Malaysian Citra (International students only)
7.UTC1022 Ethics and Civilization (International students only)
Kursus Wajib USIM
PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus wajib yang diarahkan oleh USIM kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu integrasi naqli dan aqli. Pada masa ini, terdapat satu (2) kursus iaitu:-
1.UTI1022 Al-Dirasat Al-Islamiyyah I
2.UTI1032 Al-Dirasat Al-Islamiyyah II
Kursus Elektif
PPT turut menawarkan kursus elektif kepada semua pelajar iaitu
1.UTT3012 (Pengantar Kitab Turath) dan,
2.UTK2012(Creative Thinking and Problem Solving).
ASPIRASI NEGARA BANGSA
Sinopsis: Kursus ini meneroka asas pembentukan dan pembangunan negara bangsa Malaysia yang menekankan kepada elemen kenegaraan, sejarah interaksi etnik, dan keunikan masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka teori perpaduan, konsep negara bangsa, serta visi Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan nilai Rukun Negara, Wawasan 2020, Malaysia Madani, dan inisiatif nasional lain. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti semasa merangkumi sentimen kewilayahan dan keserantauan serta cabaran dalam membina masyarakat yang harmoni dan inklusif. Penekanan turut diberikan kepada pengaruh dan kesan teknologi serta perubahan iklim terhadap aspirasi pembangunan negara bangsa, selari dengan agenda pembangunan lestari (SDG). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus akan memperkukuh pemahaman pelajar tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan toleran, menitikberatkan nilai sepunya seperti muhibah, penerimaan, keharmonian, dan perkongsian nilai bersama. Kursus ini dilaksanakan melalui strategi PdP berpusatkan pelajar seperti kuliah dan perbincangan berkumpulan. Bagi mengukur penguasaan, pentaksiran dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah penilaian seperti kuiz, aktiviti dalam talian, penulisan tugasan dan pembentangan. Kursus ini dijangka dapat membolehkan pelajar menghuraikan konsep negara bangsa, menganalisis cabaran integrasi secara kritis, serta mempamerkan nilai perpaduan.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: Tahun 1
Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES
Sinopsis:This course provides an overview of the key concepts, theories, and methods in the study of social science. It explores how human behavior, social structures, and cultural norms are analyzed through various disciplinary lenses, including sociology, psychology, economics, and political science. Students will learn to examine how individuals and societies interact, shape, and are influenced by their environments, both locally and globally. Topics in this course include the philosophy and historical development of social science; and views from Islamic perspectives. The course also introduces research methodologies used in social science, such as qualitative and quantitative analysis, and encourages critical thinking about contemporary social issues. The course utilizes a blend of lectures to deliver foundational philosophical concepts and group discussions to foster critical thinking and collaborative dialogue among students. Continuous assessment is implemented through Quizzes to test conceptual knowledge, alongside a group report and presentation to evaluate critical analysis and communication skills. By the end of the course, students will gain a foundational understanding of how social science is significant in the real world and contributes to addressing life issues and problems.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: Tahun 1
Tenaga pengajar: Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar , Dr. Siti Nur Aafifah Hashim
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 2
Sinopsis:Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan penguasaan komponen asas bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran membaca, bertutur, mendengar, dan menulis. Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan melalui sesi kuliah interaktif, simulasi komunikasi, dan aktiviti berkumpulan bagi memberikan pendedahan yang realistik terhadap persekitaran serta budaya Melayu. Para pelajar akan dinilai menerusi ujian lisan, tugasan bertulis, serta penilaian amali komunikasi bagi setiap topik yang diajar. Pada akhir kursus, pelajar akan dapat mengaplikasikan asas bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan yakin dan berkesan mengikut konteks budaya yang bersesuaian.
Jam kredit : 2 jam
Tenaga pengajar: Dr. Nur Jannah Bukhari
MALAYSIAN CITRA
Sinopsis:This course offers a comprehensive introduction to Malaysia, covering its historical evolution, geographical diversity, cultural richness, and socio-political developments. Students will explore the formation of modern Malaysia, its multi-cultural society, linguistic diversity, and unique traditions rooted in various ethnicities and religions. The course also emphasizes Malaysia’s traditional arts and cultural heritage, including elements recognized by UNESCO. Students will gain fundamental knowledge of Malaysia’s political and administrative systems, federal structure, and the Constitutional Monarchy system. In addition, the course examines Malaysia’s economic transformation, key industrial sectors, and current challenges in the context of digital and sustainable development. Malaysia’s position as an international tourism hub and its global achievements in diplomacy, sports, and trade are also highlighted. The final part of the course focuses on Malaysia’s future prospects, particularly concerning smart cities, climate change, youth engagement, and innovation. The teaching and learning process through lectures and group project enables students to gain knowledge and appreciate the reality of life in Malaysia. To measure understanding, assessment is conducted continuously through evaluation methods such as quiz, online activities, written assignments and presentations. Through this course, students will develop a comprehensive understanding of Malaysia’s national identity and its evolving role on the global stage.
Jam kredit: 2 jam
ETHICS AND CIVILIZATIONS
Synopsis: This course discusses ethical concepts from the perspective of various civilizations. In addition, the discussion on contemporary economic, political, social, cultural and environmental issues from an ethical and civilizational perspectives can produce students who are morally minded and behave, and professionally aware. At the end of this course students will be able to relate ethics and civic-minded citizenship to strengthen social cohesion towards national unity.
Credit hour: 2 hours
Year offered: 1
Lecturer: Prof. Madya Dr. Abd. Hakim Bin Mohad @ Mohamad Ramli
AL-DIRASAT AL-ISLAMIYYAH II
Sinopsis:Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemahaman terhadap ajaran Islam secara umum yang meliputi aspek al-Quran, al-Sunnah, dakwah dan sirah nabawiyah. Pelajar diberi penekanan terhadap kedudukan al-Quran dan al-Sunnah dalam pembinaan tamadun serta kaedah berinteraksi dengan kedua-dua sumber utama tersebut. Kursus ini juga membincangkan pengajaran sirah Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan pendekatan dakwah dalam masyarakat serta etika yang perlu dipatuhi. Pelajar akan dinilai melalui ujian, hafazan surah pilihan serta melaksanakan projek mengikut isu yang dipilih. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami perkara-perkara asas dalam ilmu quran, sunnah, dakwah dan sirah nabawiyah serta mampu berinteraksi dan mengaitkannya dalam kehidupan sebenar di dalam masyarakat.
Jam kredit: 2 jam
Moderator: –
Tenaga Pengajar: –
AL-DIRASAT AL-ISLAMIYYAH I
Sinopsis:Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kefahaman konsep ilmu di dalam Islam, asas akidah dan cabarannya, aliran ahli sunnah wal jaamaah dan pengamalannya di Malaysia. Selain itu, kursus ini memberi penekanan kepada konsep tasawuf dalam Islam dan menjelaskan adab berbeza pendapat menurut perspektif Islam. Pelajar juga didedahkan dengan aspek perundangan syariah yang merangkumi pengenalan kepada ilmu fiqh, usul fiqh dan qawaid fiqh serta aplikasi hukum yang diamalkan dalam sistem kehakiman dan perundangan Islam di Malaysia. Pelajar akan dinilai melalui ujian, hafazan surah pilihan serta melaksanakan kajian kes mengikut isu yang dipilih. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami perkara-perkasa asas dalam ilmu akidah, tasawuf, akhlak dan fiqh, mampu berinteraksi serta mengaitkannya dalam kehidupan sebenar di dalam masyarakat.
Jam kredit: 2 jam
Moderator: –
Tenaga Pengajar: –
CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING
Synopsis:As a vital soft skill in today’s competitive world, thinking is an important skill because many of the things we do in life are affected by our mind habits, or in other words, by thinking. This course attempts to introduce students to the process of critical and creative thinking (Aqli). Furthermore, this course discusses problems and issues, how to solve problems, and how to make decisions. In addition, the Islamic perspective (Naqli) on thinking as prescribed in the Holy Qur’an and in Islamic teachings will also be studied. Finally, this course helps to establish a culture of creativity and innovation among the students.
Credit hour: 2 hours
Moderator: Dr. Farah Laili Binti Muda @ Ismail
Lecturers: Dr. Farah Laili Binti Muda @ Ismail, Dr. Anita Ismail, Puan Syarifah Nurolazan Binti Shaikh Ahmad, Dr. Rosfazila Binti Abd Rahman, Encik Sharbani Bin Harun
FALSAFAH DAN CABARAN SEMASA
Sinopsis:Kursus ini menjelaskan asas dan kerangka pemikiran falsafah yang mendasari pembinaan masyarakat Malaysia, dengan menekankan gagasan utama seperti Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Sejahtera, dan Falsafah MADANI. Penggunaan analisis falsafah sebagai alat berfikir diperkenalkan sebagai pendekatan intelektual yang sistematik dalam memahami serta menangani pelbagai cabaran kehidupan semasa. Melalui pendedahan kepada komponen-komponen utama ilmu falsafah, pelajar akan dididik untuk menganalisis isu-isu kontemporari serta mengembangkan keupayaan berfikir secara kritis dan reflektif. Kursus ini dilaksanakan melalui strategi PdP berpusatkan pelajar seperti kuliah dan perbincangan berkumpulan. Bagi mengukur penguasaan, pentaksiran dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah penilaian seperti kuiz, aktiviti dalam talian, penulisan tugasan dan pembentangan. Di akhir kursus, pelajar diharapkan mampu menilai serta merumus strategi berasaskan pendekatan falsafah bagi mendepani cabaran masa depan dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang inklusif, sejahtera dan berpandangan jauh.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: tahun 1
Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.
INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
Sinopsis: Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
Jam kredit: 2 jam
Tahun ditawarkan: Tahun 1
Tenaga pengajar: Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman, Dr Mashitah Sulaiman dan Dr Anita Ismail.
PENGANTAR KITAB TURATH
Sinopsis: Kursus ini juga diterapkan dengan pendekatan integrasi aqli dan naqli di dalam silabus kursus selaras menjadikan pelajar USIM unik berbanding pelajar lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.
Jam kredit: 2 jam
Moderator: Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz
Tenaga pengajar: Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Encik Ahmad Norsyafwan Norawavi, Puan Rabiah Abdul Rahman
ENTREPRENEURSHIP
Sinopsis: This course aims to expose the concept of entrepreneurship particularly Islamic Entrepreneurship as the basis of inculcating innovative mindset among students across disciplines. By going through the process of entrepreneurship from the business perspective, students are expected to gain experience on how opportunities are brought into the market.
Jam kredit: 2 jam
Moderator: Dr. Suhaida Herni Binti Suffarruddin
Tenaga pengajar: Dr. Suhaida Herni Binti Suffarruddin, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh, Dr. Avylin Roziana Binti Mohd Ariffin, Puan Kasumalinda Binti Alwi, Puan Siti Nurulhuda Binti Nordin, Puan Norasikin Binti Salikin, Encik Mahdhir Bin Abdullah, Puan Intan Fatimah Binti Anwar, Dr. Mohd Shukor Bin Harun, Dr. Mohd Faisol Bin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Jamal Abdul Nassir Bin Shaari, Dr. Syahnaz Binti Sulaiman, Dr. Noradilah Binti Abdul Hadi, Dr. Nur Aqilah Hazirah Binti Mohd Anim, Dr. Nur I’ffah Binti Muhammad Nasir, Dr. Nurul Adilah Binti Hasbullah, Dr. Amalina Binti Mursidi, Dr. Wan Nurhanan Binti Wan Suhaimi