Pusat Pengajian Teras dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (Pemanis) telah menganjurkan Simposium Malaysia-Indonesia Tuanku Tambusai 2024 pada 9 November 2024. Program ini dihadiri mahasiswa Malaysia dan Indonesia serta pewaris keluarga Tuanku Tambusai. Simposium ini dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal Ramli, Exco Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi & Digital.