Jumaat, 5 Julai 2024, PPT telah terlibat sama dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara USIM dan MH Insight Sdn Bhd. Majlis turut dihadiri Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Sharifudin Md Shaarani, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Tuan Muhamad Hisomudin Bakar dan dekan Pusat Pengajian Teras, Dr Zoraida Mustafa. Semoga dengan memorandum persefahaman ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.