Kursus Wajib Universiti

PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. Terdapat dua belas (12) kursus iaitu UTC1012, UTP1012 , UTK2012, UTQ1042, UBY1012, UTS1012, UTD2052, UTD1012, UTF1032, UTI1012, UTU3012 dan UTC1022.

Kursus Wajib USIM

PPT menguruskan dan menyelaraskan kursus wajib yang diarahkan oleh USIM kepada pelajar dari semua fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu integrasi naqli dan aqli. Pada masa ini, terdapat satu (1) kursus iaitu UTT3012 (Pengantar Kitab Turath).

KURSUS WAJIB UNIVERSITI DAN WAJIB USIM

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Sinopsis: Kursus ini menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan professional. Matlamatnya agar pelajar dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik untuk memperkukuhkan sosial ke arah kesepaduan nasional.

Jam kredit: 2 jam

Tahun ditawarkan: Tahun 1

Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Sinopsis: Kursus ini direka untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan komponen asas bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis. Pendedahan terhadap budaya Melayu dan persekitaran berbahasa Melayu turut diberikan supaya pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

Jam kredit: 2 jam

ETHICS AND CIVILIZATIONS

Synopsis: This course discusses ethical concepts from the perspective of various civilizations. In addition, the discussion on contemporary economic, political, social, cultural and environmental issues from an ethical and civilizational perspectives can produce students who are morally minded and behave, and professionally aware. At the end of this course students will be able to relate ethics and civic-minded citizenship to strengthen social cohesion towards national unity.

Credit hour: 2 hours

Year offered: 1

Lecturer: Prof. Madya Dr. Abd. Hakim Bin Mohad @ Mohamad Ramli

PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM

Sinopsis: Kursus ini merupakan asas kepada pengajian Islam.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: –

Tenaga Pengajar: –

AL-DIRASAT AL-ISLAMIYYAH I

Sinopsis: Kursus ini merupakan asas kepada pengajian Islam.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: –

Tenaga Pengajar: –

AL-DIRASAT AL-ISLAMIYYAH II

Sinopsis: Kursus ini merupakan asas kepada pengajian Islam.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: –

Tenaga Pengajar: –

CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING

Synopsis: This course is a compulsory course. The knowledge and the techniques of thinking and problem solving that are taught should be of use to any student during and after his/her university education. This course is also designed to address students’ creativity and innovation; one of the core principles of MOE’s soft skills elements.

Credit hour: 2 hours

Moderator: Dr. Farah Laili Binti Muda @ Ismail

Lecturers: Dr. Farah Laili Binti Muda @ Ismail, Dr. Anita Ismail, Puan Syarifah Nurolazan Binti Shaikh Ahmad, Dr. Rosfazila Binti Abd Rahman, Encik Sharbani Bin Harun

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Sinopsis: Kursus ini menerangkan tentang ilmu Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kotemporari dalam aspek Falsafah dan Isu Semasa dapat melahirkan pelajar yang lebih kritis dalam menangani permasalahan dalam kehidupan mereka serta berupaya menjadikan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya.

Jam kredit: 2 jam

Tahun ditawarkan: tahun 1

Tenaga pengajar: PM Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, PM Dr Abd Hakim Mohad, Dr Adibah Sulaiman, Dr Mashitah Sulaiman, Dr Latifah Ab Latif, Dr Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dr Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman dan Pn Siti Nor Baya Yacob.

INTEGRITI DAN ANTI RASUAH

Sinopsis: Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.

Jam kredit: 2 jam

Tahun ditawarkan: Tahun 1

Tenaga pengajar: Dr Khadijah Muda, Dr Kamal Azmi Ab Rahman, Dr Mashitah Sulaiman dan Dr Anita Ismail.

PENGANTAR KITAB TURATH

Sinopsis: Kursus ini juga diterapkan dengan pendekatan integrasi aqli dan naqli di dalam silabus kursus selaras menjadikan pelajar USIM unik berbanding pelajar lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz

Tenaga pengajar: Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Encik Ahmad Norsyafwan Norawavi, Puan Rabiah Abdul Rahman

ENTREPRENEURSHIP

Sinopsis: This course aims to expose the concept of entrepreneurship particularly Islamic Entrepreneurship as the basis of inculcating innovative mindset among students across disciplines. By going through the process of entrepreneurship from the business perspective, students are expected to gain experience on how opportunities are brought into the market.

Jam kredit: 2 jam

Moderator: Dr. Suhaida Herni Binti Suffarruddin

Tenaga pengajar: Dr. Suhaida Herni Binti Suffarruddin, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh, Dr. Avylin Roziana Binti Mohd Ariffin, Puan Kasumalinda Binti Alwi, Puan Siti Nurulhuda Binti Nordin, Puan Norasikin Binti Salikin, Encik Mahdhir Bin Abdullah, Puan Intan Fatimah Binti Anwar, Dr. Mohd Shukor Bin Harun, Dr. Mohd Faisol Bin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Jamal Abdul Nassir Bin Shaari, Dr. Syahnaz Binti Sulaiman, Dr. Noradilah Binti Abdul Hadi, Dr. Nur Aqilah Hazirah Binti Mohd Anim, Dr. Nur I’ffah Binti Muhammad Nasir, Dr. Nurul Adilah Binti Hasbullah, Dr. Amalina Binti Mursidi, Dr. Wan Nurhanan Binti Wan Suhaimi