Bengkel Bibliometrik di bawah anjuran jawatankuasa penyelidikan dan persidangan, Pusat Pengajian Teras telah diadakan dengan jayanya pada jam 9.00 pagi, 21 September 2023 secara atas talian (zoom). Bengkel ini telah menjemput PM. Ts. Dr Aidi Ahmi sebagai penceramah. Semoga penganjuran bengkel ini mampu memberi manfaat kepada kakitangan akademik PPT dan pelajar siswazah program Sains Sosial yang turut serta.