VISI  USIM

Institusi pendidikan tinggi Sains Islam Ulung.

MISI  USIM

Menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

OBJEKTIF USIM

  1. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara.
  2. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.
  3. Melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi menerajui pembangunan negara.
  4. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini.
  5. Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat.

VISI PPT

Menerapkan ilmu Naqli dan Aqli menerusi Pengajaran dan Pembelajaran untuk menghasilkan modal insan yang seimbang.


MISI PPT

Bertekad menjadi sebuah entiti yang terkehadapan dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran berteraskan penghayatan dan jati diri Islam bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan negara, ummah dan manusia sejagat.


OBJEKTIF PPT

  1. Memartabatkan pengajian teras dalam arus perdana pendidikan negara.
  2. Menerapkan kesepaduan antara Naqli dan Aqli dalam setiap kursus pengajian teras yang ditawarkan.
  3. Menjalankan penyelidikan yang mengukuhkan visi dan misi Pusat dan Universiti.
  4. Mengembangkan disiplin ilmu dan kepakaran dalam bidang ketamadunan dan kemasyarakatan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat
  5. Menyokong USIM sebagai sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan integrasi Naqli dan Aqli.