SOALAN LAZIM

FAQ2021-11-24T08:52:15+08:00
Apakah kursus yang ditawarkan di Pusat Pengajian Teras (PPT)?2021-11-24T08:45:20+08:00

Kursus yang ditawarkan di PPT ialah kursus wajib universiti dan kursus wajib USIM.

Apakah yang dimaksudkan dengan kursus wajib universiti dan kursus wajib USIM?2021-11-24T09:33:14+08:00

Kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kursus wajib USIM ialah kursus-kursus wajib yang disyaratkan oleh USIM kepada sebahagian pelajar fakulti di USIM bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu integrasi naqli dan aqli.

Apakah kursus ini wajib diambil dan lulus?2021-11-24T08:46:12+08:00

Ya. Kursus wajib universiti hendaklah diikuti oleh semua pelajar pra siswazah USIM dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan. Manakala kursus wajib USIM pula perlu diambil oleh sebahagian pelajar pra siswazah yang ditetapkan dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan.

Apakah kursus wajib universiti dan kursus wajib USIM?2021-11-24T08:47:04+08:00

Senarai Kursus wajib universiti:

  1. UTC1012 Penghayatan Etika dan Peradaban
  2. UTP1012 Falsafah dan Isu Semasa
  3. UTK2012 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
  4. UTQ1042 Al Asas Fi al Quran wa as Sunnah
  5. UBY1012 Bahasa Melayu Komunikasi
  6. UTS1012 Pengantar Sains Islam
  7. UTD2052 Dakwah dan Sirah Nabawiyyah
  8. UTD1012 Akidah dan Tasawuf
  9. UTF1032 Al Madkhal ila Al Fiqh Al Islamiy
  10. UTI1012 Pengantar Pengajian Islam (QHOO sahaja)
  11. UTU3012 Keusahawanan
  12. UTC1022 Ethics and Civilization

Senarai kursus wajib USIM:

  1. UTH3012 Pengajian Halaqah
  2. UTT3012 Pengantar Kitab Turath
Bolehkah pelajar lepasan Diploma dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu yang ditawarkan di PPT atau dibenarkan untuk memindahkan kredit?2021-11-24T08:47:34+08:00

Pelajar lepasan Diploma boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu yang ditawarkan oleh PPT atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.