Pada 26 September 2023, Pusat Pengajian Teras USIM telah mengadakan bengkel penyelidikan kaedah Fuzzy Delphi untuk memantapkan lagi kemahiran penyelidikan ahli akademiknya. Bengkel ini disampaikan oleh Prof Emeritus Saedah Siraj dan Ts Dr Mohd Ridhuan Mohd Jamil dari UPSI.

Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua yang turut serta.