Selamat Datang ke Pusat Pengajian Teras

Pusat Pengajian Teras (PPT) telah ditubuhkan dengan matlamat untuk memberikan khidmat penawaran kursus-kursus Wajib Universiti (WU) yang wajib diambil oleh semua pelajar Ijazah Sarjana Muda di USIM.

Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai Unit Pengajian Umum (UPU), kemudiannya telah dinaik taraf menjadi Pusat Pengajian Umum (PPU) pada tahun 2006. PPU seterusnya dijenamakan semula kepada Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa (PPTA) pada tahun 2009 dengan tambahan fungsi iaitu pengurusan pelajar antarabangsa.

PPTA kemudiannya diubah nama kepada Pusat Pengajian Teras (PPT) pada tahun 2010. Penstrukturan organisasi kemudiannya telah dijalankan pada tahun 2014 dengan Unit Bahasa Inggeris (UBI) dan Unit Bahasa Arab (UBA) ditempatkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama.

Selaras dengan peredaran masa dan cabang ilmu yang semakin berkembang, PPT kini mempunyai dua unit yang memperkasakan kursus Wajib Universiti di bawah kelompok Mata Pelajaran Umum (MPU), Kementerian Pendidikan Malaysia dan kursus Wajib USIM.

Tahun 2018 telah menyaksikan penstrukturan kursus Wajib Universiti secara menyeluruh bagi semua program Ijazah Sarjana Muda di USIM dan PPT telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua penawaran kursus Wajib Universiti (Kelompok U1-U3) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Penjelasan lanjut mengenai penawaran kursus Wajib Universiti di bawah Mata Pelajaran Umum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut: