Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan Hubungan Etnik (SETH 2014)

Seminar Tamadun Islam & Tamadun Asia dan Hubungan Etnik (SeTH) diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Tahun 1 dengan lebih mendalam lagi berkenaan kursus yang mereka pelajari iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE).

Seminar ini juga akan dapat membuka minda para pelajar dan membolehkan mereka menerima setiap perbezaan kaum dengan lebih mudah tanpa persepsi yang menghalangnya. Penganjuran seminar ini adalah sebagai satu daripada pendekatan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar secara langsung tentang isu ketamadunan dan hubungan etnik oleh pakar dari luar dalam bidang berkenaan.

Antara objektif umum program SeTH ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar di samping mendapatkan pandangan daripada pakar terkemuka dalam bidang ketamadunan dan hubungan etnik.
  2. Meningkatkan kepekaan dan pemahaman pelajar terhadap isu dan cabaran ketamadunan dan hubungan etnik di Malaysia.
  3. Memupuk semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa di Malaysia.
  4. Menghasilkan pelajar yang berfikiran holistik dan mempunyai kefahaman mendalam tentang isu-isu ketamadunan dan hubungan etnik di Malaysia.

Seminar yang diadakan pada 1 November 2014. SeTH 2014 buat julung kalinya membuka penyertaan kepada pihak luar USIM dan mendapat penyertaan di luar jangkaan dari hampir semua IPTA/S diseluruh Malaysia. Atas kejayaan penganjuran ini, Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad mengunjurkan padangan bahawa seminar sedemikian pada masa akan datang agar dibuka penyertaan diperingkat lebih tertinggi. SeTH 2014 (klik di sini).

Seminar dan Pameran Produk Kreatif (SPARK 2015)

Seminar dan Pameran Produk Kreatif (SPARK) merupakan satu daripada aktiviti yang melibatkan para pelajar Tahun 2 secara langsung dalam aspek pemahaman secara praktikal tentang pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. SPARK dibuat bagi memberi ruang dan peluang kepada para pelajar bagi membangunkan idea-idea yang mereka jana semasa sesi pembelajaran UTK2012 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah.

Program ini bertujuan membina kemahiran berfikir secara kreatif untuk penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar dengan kaedah memperkenalkan mereka kepada cara-cara mencipta idea baru, mencerna idea kepada produk, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

1. Memperkasa dan membentuk pelajar untuk menguasai dan mengamalkan aspek kreativiti dan inovasi dengan lebih berkesan.

2. Meningkatkan kefahaman konsep pemikiran kreatif dan kepentingan kretiviti dalam menyelesaikan masalah.

3. Menggalakkan penciptaan idea baru, menjelaskan idea dan mencerna idea kepada penghasilan produk kreatif serta inovatif.

Pameran Produk Kreativiti Pelajar dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Sains dan Teknologi (Science and Technology), Seni dan Rekacipta (Art and Design), Teknologi Hijau (Green Technology), Makanan dan Minuman (Food and Beverages), Kualiti dan Kehidupan Manusia (Quality and Human Life). Daripada projek tersebut mereka akan menghasilkan prototaip terbaik.

Satu daripada prototaip yang telah dikomersialkan adalah sejadah yang bercahaya di dalam gelap (glow in the dark). USIM telah menjadikan produk tersebut sebagai cenderamata khas USIM bagi tanda ingatan kepada para pelawat yang datang melawat USIM.

Ihya’ Turath Islam 2015

Program Ihya’ Turath Islam (i-Turath) adalah suatu program yang  melibatkan para mahasiswa USIM dan masyarakat luar dalam membudayakan pengajaran ilmu turath Islam sejajar dengan hasrat USIM menjadi kampus integrasi ilmu naqli dan aqli yang membudayakan pengajian turath Islam seterusnya menjadikan USIM salah satu kampus yang memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri. Hal ini terbukti dengan penawaran kursus Pengajian Halaqah kepada para mahasiswanya. Namun pembudayaan pengajian Turath Islam bukan sahaja dalam sesi pengkuliahan yang formal, malah ia perlu dibudayakan di luar pengkuliahan. Atas dasar itu, Pusat Pengajian Teras USIM berusaha merealisasikan hasrat ini dengan menganjurkan Program Ihya’ Turath Islam (i-Turath).

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif berikut:

  1. Menyubur semangat kecintaan kepada ilmu-ilmu Turath Islam.
  2. Memperkukuhkan pembudayaan pengajian Turath Islam sebagai budaya di USIM.
  3. Memberi pemahaman tentang Turath Islam kepada kakitangan USIM, para pelajar dan masyarakat sekeliling.

Pada tahun 2015, Program Ihya’ Turath Islam (At-Turath2015) akan diadakan kali pertama dengan jayanya pada 5 – 6 Disember 2015 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk melihat gambar sepanjang aktiviti boleh klik DISINI

SPARK 2016

Seminar dan Pameran Produk Kreatif 2016


Program SPARK 2016 merupakan satu daripada aktiviti yang melibatkan para pelajar secara langsung dalam aspek pemahaman secara praktikal tentang pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Program ini bertujuan membina kemahiran berfikir secara kreatif untuk penyelesaian masalah dengan memperkenalkan mereka kepada cara-cara mencipta idea baru, mencerna idea kepada produk, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dengan bertemakan ” Preparing Tomorrow’s Innovative Muslims Today “ . maka akan lahirlah idea – idea yang lebih kreaktif dan berguna kepada Aqli dan Naqli dalam setiap insan.

Program ini juga mengembalikan tradisi keilmuan kreativiti dan inovasi Islam dengan  mencungkil pembangunan produk Islam dalam kalangan pelajar USIM yang mengambil kursus wajib universiti iaitu Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah (UTK2012). Sehubungan dengan itu, idea mereka akan menjurus ke aras merealisasikan pembudayaan ummah yang kreatif dan inovatif berlandaskan syariah Islam sebagaimana firman Allah SWT maksudnya,

Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi…

(Ali-Imran, 3: 191)

Program ini dibentuk untuk mencapai objektif seperti berikut:

  • Memperkasa dan membentuk pelajar untuk menguasai dan mengamalkan aspek kreativiti dan inovasi dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan kefahaman konsep pemikiran kreatif dan kepentingan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
  • Menggalakkan penciptaan idea baru, menjelaskan idea dan mencerna idea kepada penghasilan produk kreatif serta inovatif.

 

Bagi Kategori Pameran Produk Kreativiti Pelajar yang akan dipertandingankan adalah seperti berikut : 

  • Makanan dan Pematuhan Halal
  • Pendidikandan Pembangunan Ummah
  • Teknologi Maklumat Komunikasi dan Multimedia
  • Keusahawanan dan Pengurusan Muamalat
  • Sains dan Kejuruteraan

Tarikh : 

11 MEI 2016 (Rabu)

Tempat:

Dewan Tuanku Cancelor, USIM

Borang penyertaan bagi pelajar tahun 2 yang mendaftar kursus UTK2012 pada semester II sesi 2015/2016 boleh Klik DI SINI

Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami (i-STET 2016)

Seminar ini adalah gabungan daripada dua seminar terdahulu, iaitu Seminar Tamadun Islam & Tamadun Asia dan Hubungan Etnik (SeTH) yang telah dianjurkan  buat kali ke-4 dan Program Ihya’ Turath Islam (i-Turath) buat kali pertama pada tahun 2015 oleh Pusat Pengajian Teras, USIM.  Maka seminar ini menjadi satu daripada platform interdisplinari diskusi ilmu di antara ilmuwan, pelajar dan masyarakat bagi mewujudkan kerangka berfikir yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah, tradisi dan tuntutan agama mengenai hal ehwal Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Hubungan Etnik serta pengajian Turath Islam.

Secara keseluruhannya, seminar ini diharapkan mampu menyemarakkan budaya perkongsian dan penerokaan ilmu melalui sesi pembentangan kertas kerja berkaitan oleh para pembentang dari dalam dan luar USIM, sekaligus berusaha ke arah mencapai objektif pendidikan bersepadu di dalam membina potensi masyarakat pelbagai budaya untuk menerajui pembangunan negara.

Seminar ini juga turut memberi peluang penyertaan pembentang dari bidang Sosial Sains merangkumi perbahasan di dalam hal ehwal Pengajian Islam, Ekonomi, Politik, Bahasa & Komunikasi, Sains dan Teknologi, Warisan Kebudayaan Asia, Hubungan Etnik, Pengajian Turath Islam dan lain-lain yang berkait dengan Sejarah, Tamadun Islam, Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan Turath Islam.

Untuk melihat poster sila klik disini

Bulan Bahasa Kebangsaan 2016

DIANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2016 PERINGKAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 
Bermula dari 2 September 2016 hingga 9 Disember 2016
 
 
Pengisian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat USIM:.
 
* Pertandingan Menulis Artikel (terbuka kepada semua Kakitangan USIM)
* Pertandingan Menulis Esei (terbuka kepada semua pelajar USIM)
* Pertandingan Menulis Cerpen 
(terbuka kepada semua pelajar USIM)

Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami 2017

Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami akan dianjurkan buat kali kedua oleh Pusat Pengajian Teras, USIM.  Maka seminar ini menjadi satu daripada platform interdisplinari diskusi ilmu di antara ilmuwan, pelajar dan masyarakat bagi mewujudkan kerangka berfikir yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah, tradisi dan tuntutan agama mengenai hal ehwal Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Hubungan Etnik serta pengajian Turath Islam.

Secara keseluruhannya, seminar ini diharapkan mampu menyemarakkan budaya perkongsian dan penerokaan ilmu melalui sesi pembentangan kertas kerja berkaitan oleh para pembentang dari dalam dan luar USIM, sekaligus berusaha ke arah mencapai objektif pendidikan bersepadu di dalam membina potensi masyarakat pelbagai budaya untuk menerajui pembangunan negara.

Seminar ini juga turut memberi peluang penyertaan pembentang dari bidang Sosial Sains merangkumi perbahasan di dalam hal ehwal Pengajian Islam, Ekonomi, Politik, Bahasa & Komunikasi, Sains dan Teknologi, Warisan Kebudayaan Asia, Hubungan Etnik, Pengajian Turath Islam dan lain-lain yang berkait dengan Sejarah, Tamadun Islam, Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan Turath Islam.

Untuk melihat poster sila klik disini

Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami 2018

Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami akan dianjurkan buat kali keliga oleh Pusat Pengajian Teras, USIM.  Maka seminar ini menjadi satu daripada platform interdisplinari diskusi ilmu di antara ilmuwan, pelajar dan masyarakat bagi mewujudkan kerangka berfikir yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah, tradisi dan tuntutan agama mengenai hal ehwal Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Hubungan Etnik serta pengajian Turath Islam.

Secara keseluruhannya, seminar ini diharapkan mampu menyemarakkan budaya perkongsian dan penerokaan ilmu melalui sesi pembentangan kertas kerja berkaitan oleh para pembentang dari dalam dan luar USIM, sekaligus berusaha ke arah mencapai objektif pendidikan bersepadu di dalam membina potensi masyarakat pelbagai budaya untuk menerajui pembangunan negara.

Seminar ini juga turut memberi peluang penyertaan pembentang dari bidang Sosial Sains merangkumi perbahasan di dalam hal ehwal Pengajian Islam, Ekonomi, Politik, Bahasa & Komunikasi, Sains dan Teknologi, Warisan Kebudayaan Asia, Hubungan Etnik, Pengajian Turath Islam dan lain-lain yang berkait dengan Sejarah, Tamadun Islam, Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan Turath Islam.

Untuk melihat poster sila klik disini