Kursus yang ditawarkan di PPT ialah kursus wajib universiti, USIM dan elektif.
Kursus-kursus wajib universiti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan USIM.
Ya. Kursus wajib universiti hendaklah diikuti oleh semua pelajar pra siswazah USIM dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan. Manakala kursus wajib USIM pula perlu diambil oleh sebahagian pelajar pra siswazah yang ditetapkan dan wajib lulus untuk keperluan pengijazahan.
Senarai Kursus wajib univesiti /USIM:
- UTC1012 Penghayatan Etika dan Peradaban
- UTP1012 Falsafah dan Isu Semasa
- UTI1022 Al-Dirasat Al-Islamiyyah I
- UTI1032 Al-Dirasat Al-Islamiyyah II
- UBY1012 Bahasa Melayu Komunikasi
- UTR1012 Integriti dan Anti Rasuah
- UTU3012 Keusahawanan
- UTC1022 Ethics and Civilization
Senarai kursus elektif USIM:
- UTK2012 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
- UTT3012 Pengantar Kitab Turath
Pelajar lepasan Diploma boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu yang ditawarkan oleh PPT atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.