Kerjaya

Pusat Pengajian Teras mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan TENAGA PENGAJAR SAMBILAN bagi kursus-kursus Wajib Universiti dan buy cheap generic levitra Wajib USIM iaitu:

1. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

2. HUBUNGAN ETNIK

3. PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH


A. SYARAT-SYARAT LANTIKAN

1.  Warganegara Malaysia/ Pemastautin Malaysia (PR); atau

2.  Bagi calon luar negara (pelajar pasca siswazah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) perlu mendapatkan sokongan kuat daripada Dekan dan Penyelia; dan

3.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan; dan

4.  Memiliki ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang-bidang berkaitan Pengajian Islam atau lain-lain bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

5.  Bagi calon rakyat Malaysia perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

6.  Berpengalaman mengajar subjek-subjek dalam bidang-bidang berkaitan TITAS/ Hubungan Etnik/ Pemikiran Kreatif dan Penyeleisanlah Masalah adalah satu kelebihan.

 

B. CARA-CARA MEMOHON

1.  Permohonan hendaklah menggunakan Borang USIM/TPS/PP/2007 yang boleh dimuat turun di sini.

2.  Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini, dan juga SALINAN PHOTOSTAT Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

3.  Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya].


4.  PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:


Pengarah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p : Pengambilan Tenaga Pengajar)

TERBUKA SEPANJANG TAHUN