Latar Belakang

Selamat Datang ke Pusat Pengajian Teras

Pusat Pengajian Teras (PPT) adalah sebuah pusat yang memberikan khidmat kepada pembangunan dan alternative pemantapan akademik secara keseluruhannya di buy viagra find USIM. Pada 20 Jun 2009, operasi PPT secara rasminya telah berpindah dari Aras 3 Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) ke Aras 1 Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

PPT secara khidmatnya menawarkan kursus-kursus bertaraf Wajib Universiti (WU) dan Wajib Fakulti (WF) yang perlu diikuti oleh semua pelajar USIM mengikut jumlah jam kredit yang telah ditetapkan di dalam struktur program pelajar. Dari awal tahun penubuhan sehingga tahun 2013, terdapat tiga buah unit ditempatkan di bawah pengurusan PPT iaitu Unit Kursus Wajib Universiti (UKWU), Unit Bahasa Inggeris (UBI) dan Unit Bahasa Arab (UBA).
 
Bermula tahun 2014, PPT telah distrukturkan apabila kedua-dua UBA dan UBI telah distrukturkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). UKWU masih kekal di bawah pengurusan PPT. Penstrukturan semula PPT melibatkan penempatan kakitangan akademik UKWU iaitu jabatan hakiki adalah di fakulti (mengikut bidang) dan jabatan semasa ialah di PPT.

Pada masa ini, terdapat dua buah unit ditempatkan di bawah pengurusan PPT iaitu UKWU dan Unit Kursus Wajib USIM (UKWUSIM). UKWU berfungsi sebagai unit yang menguruskan dan menyelaraskan kursus-kursus wajib universiti kepada pelajar dari semua fakulti di USIM. UKWU juga bertanggungjawab untuk menawarkan kursus-kursus yang diarahkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan taraf Wajib Universiti (WU) iaitu UTE1012 Hubungan Etnik, UTT1012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan UTK2012 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah. Manakala UKWUSIM berfungsi sebagai unit yang menawarkan kursus-kursus yang menerapkan integrasi naqli dan aqli dalam kalangan pelajar USIM. Unit ini bertanggungjawab untuk menawarkan kursus-kursus yang diarahkan oleh USIM dengan taraf Wajib Fakulti (WF) iaitu UTH3012 Pengajian Halaqah.