Kata Aluan Pengarah

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya amat berbesar hati dan medicines mengalu-alukan kunjungan kalian ke Pusat Pengajian Teras (PPT) Universiti Sains Islam Malaysia dengan permulaan bicara ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

PPT merupakan salah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di USIM yang berfungsi memberikan khidmat kepada pembangunan dan pemantapan akademik pelajar secara menyeluruh. Terdapat  dua buah unit ditempatkan di hovawart.org bawah pengurusan PPT iaitu Unit Kursus Wajib Universiti (UKWU) dan Unit Kursus Wajib USIM (UKWUSIM).

PPT menawarkan kursus-kursus yang bertaraf Wajib Universiti (WU) dan Wajib Fakulti (WF) bagi peringkat sarjana muda dan sarjana. Pusat ini memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar menerusi penawaran kursus teras yang membentuk struktur program pengajian pelajar. Selain daripada menawarkan kursus WU dan WF, PPT juga bertanggungjawab mengendali dan menganjurkan program tahunan iaitu Seminar Tamadun Islam & Tamadun Asia dan Hubungan Etnik (SeTH) untuk semua pelajar tahun satu dan Seminar dan Pameran Produk Kreatif (SPARK) bagi pelajar tahun dua.

Informasi yang dipaparkan menerusi laman sesawang ini diharapkan mampu memberi gambaran secara menyeluruh tentang usaha PPT dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang sesuai dengan moto USIM iaitu BERILMU, BERDISIPLIN dan BERTAKWA.

Terima kasih.

 

DR. ADIBAH BINTI SULAIMAN @ MOHAMAD

Pengarah
Pusat Pengajian Teras