You are here: Utama Kerjaya

PPT

Pusat Pengajian Teras mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut bagi melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran (terbuka sepanjang masa):

TENAGA PENGAJAR SAMBILAN (GURU BAHASA SAMBILAN) BAGI KURSUS-KURSUS BAHASA ARAB, BAHASA INGGERIS DAN PENGAJIAN HALAQAH


A. SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia/ Pemastautin Malaysia (PR); atau
  2. Bagi calon luar negara (pelajar pasca siswazah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) perlu mendapatkan sokongan kuat daripada Dekan dan Penyelia; dan
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan; dan
  4. Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang-bidang berkaitan Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Islam atau lain-lain bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Bagi calon rakyat Malaysia perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  6. Berpengalaman mengajar subjek-subjek dalam bidang-bidang berkatain Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Halaqah adalah satu kelebihan.


B. CARA-CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang USIM/TPS/PP/2007 yang boleh dimuat turun di sini.
  2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini, dan juga SALINAN PHOTOSTAT Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
  3. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya].
  4. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Pengarah
Pusat Pengajian Teras
Aras 1, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p : Pengambilan Tenaga Pengajar Sambilan)

TERBUKA SEPANJANG MASA

 

Disclaimer:- USIM shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

Best viewed using  Mozilla Firefox or Internet Explorer 8.0 with  1024x768 screen resolution.
Copyright © 2010, USIM. All Rights Reserved