SPARK 2016

 

Seminar dan Pameran Produk Kreatif 2016


 

Program SPARK 2016 merupakan satu daripada aktiviti yang melibatkan para pelajar secara langsung dalam aspek pemahaman secara praktikal tentang pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Program ini bertujuan membina kemahiran berfikir secara kreatif untuk penyelesaian masalah dengan memperkenalkan mereka kepada cara-cara mencipta idea baru, mencerna idea kepada produk, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dengan bertemakan " Preparing Tomorrow’s Innovative Muslims Today " . maka akan lahirlah idea - idea yang lebih kreaktif dan berguna kepada Aqli dan Naqli dalam setiap insan.

Program ini juga mengembalikan tradisi keilmuan kreativiti dan inovasi Islam dengan  mencungkil pembangunan produk Islam dalam kalangan pelajar USIM yang mengambil kursus wajib universiti iaitu Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah (UTK2012). Sehubungan dengan itu, idea mereka akan menjurus ke aras merealisasikan pembudayaan ummah yang kreatif dan inovatif berlandaskan syariah Islam sebagaimana firman Allah SWT maksudnya,

Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi…

(Ali-Imran, 3: 191)

Program ini dibentuk untuk mencapai objektif seperti berikut:

  • Memperkasa dan membentuk pelajar untuk menguasai dan mengamalkan aspek kreativiti dan inovasi dengan lebih berkesan. 
  • Meningkatkan kefahaman konsep pemikiran kreatif dan kepentingan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
  • Menggalakkan penciptaan idea baru, menjelaskan idea dan mencerna idea kepada penghasilan produk kreatif serta inovatif.

 

 Bagi Kategori Pameran Produk Kreativiti Pelajar yang akan dipertandingankan adalah seperti berikut : 

  • Makanan dan Pematuhan Halal
  • Pendidikandan Pembangunan Ummah
  • Teknologi Maklumat Komunikasi dan Multimedia
  • Keusahawanan dan Pengurusan Muamalat
  • Sains dan Kejuruteraan

 

Tarikh : 

11 MEI 2016 (Rabu)

Tempat: 

Dewan Tuanku Cancelor, USIM

 

Borang penyertaan bagi pelajar tahun 2 yang mendaftar kursus UTK2012 pada semester II sesi 2015/2016 boleh Klik DI SINI