Seminar Tamadun Islam dan cheap clomid Tamadun Asia dan Hubungan Etnik

Seminar Tamadun Islam & Tamadun Asia dan Hubungan Etnik (SeTH) diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Tahun 1 dengan lebih mendalam lagi berkenaan kursus yang mereka pelajari iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE).

Seminar ini juga akan dapat membuka minda para pelajar dan membolehkan mereka menerima setiap perbezaan kaum dengan lebih mudah tanpa persepsi yang menghalangnya. Penganjuran seminar ini adalah sebagai satu daripada pendekatan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar secara langsung tentang isu ketamadunan dan hubungan etnik oleh pakar dari luar dalam bidang berkenaan.

Antara objektif umum program SeTH ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar di samping mendapatkan pandangan daripada pakar terkemuka dalam bidang ketamadunan dan hubungan etnik.
  2. Meningkatkan kepekaan dan pemahaman pelajar terhadap isu dan cabaran ketamadunan dan hubungan etnik di Malaysia.
  3. Memupuk semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum, budaya, agama dan assistance bahasa di Malaysia.
  4. Menghasilkan pelajar yang berfikiran holistik dan mempunyai kefahaman mendalam tentang isu-isu ketamadunan dan hubungan etnik di Malaysia.

Seminar yang diadakan pada 1 November 2014. SeTH 2014 buat julung kalinya membuka penyertaan kepada pihak luar USIM dan mendapat penyertaan di luar jangkaan dari hampir semua IPTA/S diseluruh Malaysia. Atas kejayaan penganjuran ini, Naib Canselor USIM, Prof Dato' Dr. Musa Ahmad mengunjurkan padangan bahawa seminar sedemikian pada masa akan datang agar dibuka penyertaan diperingkat lebih tertinggi. SeTH 2014 (klik di sini).