Ihya’ Turath Islam

Program Ihya’ Turath Islam (i-Turath) adalah suatu program yang  melibatkan para mahasiswa USIM dan masyarakat luar dalam membudayakan pengajaran ilmu turath Islam sejajar dengan hasrat USIM menjadi kampus integrasi ilmu naqli dan afrotrading.net aqli yang membudayakan pengajian turath Islam seterusnya menjadikan USIM salah satu kampus yang memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri. Hal ini terbukti dengan penawaran kursus Pengajian Halaqah kepada para mahasiswanya. Namun pembudayaan pengajian Turath Islam bukan sahaja dalam sesi pengkuliahan yang formal, malah ia perlu dibudayakan di luar pengkuliahan. Atas dasar itu, Pusat Pengajian Teras USIM berusaha merealisasikan hasrat ini dengan menganjurkan Program Ihya’ Turath Islam (i-Turath).

 

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif berikut:

  1. Menyubur semangat kecintaan kepada ilmu-ilmu Turath Islam.
  2. Memperkukuhkan pembudayaan pengajian Turath Islam sebagai budaya di USIM.
  3. Memberi pemahaman tentang Turath Islam kepada kakitangan USIM, para pelajar dan masyarakat sekeliling.

 

Pada tahun 2015, Program Ihya’ Turath Islam (At-Turath2015) akan diadakan kali pertama dengan jayanya pada 5 - 6 Disember 2015 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk melihat gambar sepanjang aktiviti boleh klik DISINI